BUNGA ATAU MUTIARA??
“Adakah anda bunga
atau mutiara?” Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah
yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan
menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.
Tetapi,
bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau
diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang
memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.
Sedangkan
permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada
di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak
dan layak.
Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara
berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga
dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama
seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah
mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
Oleh
itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan
merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang
berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga
Allah mahal harganya!
Apakah yang Allah swt perintahkan kepada
anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat.
FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):
وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya: “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka…”
Sabda Rasulullah: “Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.”
Wahai
wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia
difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw
berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak.
Sabda
baginda saw: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah
swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan
sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna
kuning di atas badan mereka.
Dapur mereka adalah mutiara dan sikat
mereka adalah emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan
mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan
terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa
reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki
kami dan kami memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)
Sumber Klik disini (http://remajaisma.wordpress.com/2007/01/31/gadis-paling-cantik/)
Sabda
baginda saw: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah
swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan
sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna
kuning di atas badan mereka.
Dapur mereka adalah mutiara dan sikat
mereka adalah emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan
mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan
terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa
reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki
kami dan kami memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)
Wahai kaum muslimah….jagalah pribadimu sebagai salah satu jaminan masuk surga.
Keindahan dunia tak ada artinya dibandingkan keabadian surga